Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (44)

Sunday, October 21, 2012

Letter to Hospital Putrajaya Part 2

This is the draft content of the letter that i sent to Hospital Putrajaya...
Skema kan ayat? Hehehe..been quite a long time since the last time i wrote official letter..

What i wish here is that the government should be more aware on this matter, thus provide appropriate facilities for us..Insya allah...



Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

YBrs. Dr,

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS KLINIK PAKAR OBSTETRIC & GYNECOLOGY (O&G) HOSPITAL PUTRAJAYA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sebagai makluman saya dan suami merupakan sedang menjalani rawatan kesuburan di Hospital Putrajaya semenjak tahun 2011. Kami telah memilih Hospital Putrajaya memandangkan kami tinggal di kawasan Kajang dan bekerja di Putrajaya, ia akan memudahkan kami untuk berulang-alik ke hospital memandangkan proses rawatan kesuburan mengambil masa yang panjang selain kos rawatan yang amat tinggi di hospital swasta adalah di luar kemampuan kami yang sangat inginkan cahaya mata.

3.         Alhamdulillah, sepanjang kami menerima rawatan di sini, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada para jururawat dan doktor di Klinik O&G, terutama sekali Dr. Suhaila yang selalunya mengambil kes saya dan tidak pernah jemu memberi penerangan, nasihat serta menjawab pelbagai persoalan yang saya utarakan. Pujian harus diberi kepada kakitangan Klinik O&G Putrajaya yang sentiasa ramah, berlemah-lembut dan murah dengan senyuman kepada pesakit, berbeza dengan layanan yang diterima di hospital kerajaan yang lain.

4.         Namun begitu, kami agak terkilan kerana semasa suami diarahkan untuk menjalani ujian sperma, tiada bilik khas disediakan sepertimana di sesetengah hospital lain ataupun di LPPKN. Para suami perlu melakukannya dalam tandas hospital sebelum menyerahkan tabung tersebut ke bilik prosedur A bagi tujuan analisis. Kami dimaklumkan bahawa Hospital Putrajaya belum berkemampuan untuk menyediakan kemudahan tersebut sebagaimana di pusat-pusat rawatan kesuburan yang lain, dan mana-mana pasangan yang menjalani proses rawatan kesuburan di sini (termasuk IUI) akan melalui pengalaman yang sama, dalam bilik tandas.

5.         Pada pendapat kami, adalah tidak rasional apabila pesakit diarah untuk menyediakan benih beliau di dalam tandas bagi prosedur-prosedur rawatan seperti ini yang mana ianya akan digunakan sebagai usaha dalam proses mendapatkan zuriat, dengan izin dariNya jua. Dalam Islam sendiri, tandas atau bilik mandi merupakan tempat yang tidak disukai oleh Allah swt kerana di dalamnya tempat berkumpul segala kekotaran dan syaitan. Kebersihan adalah perkara yang amat dititikberatkan tidak kira agama, maka tidak sepatutnya tempat seperti ini dipilih untuk proses mengeluarkan air mani untuk dijadikan zuriat. Maka, seharusnya perkara ini telah dipertimbangkan sejak mula klinik pakar O&G hendak dibuka di Hospital Putrajaya.

6.         Setelah setahun lebih berlalu, kami berharap perkara ini telah ditambah baik selari dengan label hospital pakar di tengah-tengah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta bilangan pesakit infertility yang semakin meningkat di hospital ini. Mungkin juga pihak hospital terlepas pandang akan perkara ini memandangkan golongan pesakit infertility seperti kami yang mendapatkan rawatan kesuburan di hospital kerajaan merupakan golongan minoriti yang menyumbang peratusan kecil dalam bilangan pecahan pesakit.

7.         Sehubungan itu, kami berharap pihak hospital secara khasnya dan pihak kementerian secara amnya untuk lebih peka terhadap keperluan kami. Justeru, kami ingin mencadangkan agar pihak hospital dapat menyediakan bilik khas kepada para suami yang perlu membuat persediaan bagi menjalani proses IUI atau IVF di Hospital Putrajaya sepertimana di sesetengah hospital lain ataupun di LPPKN. Bagi kami, proses mendapatkan zuriat melalui rawatan adalah satu proses yang panjang dan menguji. Sekurang-kurangnya dengan kemudahan yang lebih baik disediakan, dapat memberikan sokongan moral dan motivasi kepada semua pesakit yang menjalani proses IUI dan IVF.

 8.         Sebagai sebuah hospital pakar, perkara ini seharusnya mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar reputasi hospital ini selari dengan hospital-hospital pakar yang lain sebagai sebuah pusat perubatan yang menawarkan rawatan kesuburan. Perkara ini dengan hormatnya dicadangkan untuk kebaikan bersama semua pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Sekian, terima kasih.


Signed by me and hubby..


6 comments:

  1. Surat ini sangat bagus..Harap2 they respond & take action immediately..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ b&C, hopefully akan dapat lihat perubahan pada masa akan datang untuk kebaikan bersama..
      ;-)

      Delete
  2. Salam.... Sy mengikuti blog ini dan sedang mengikuti rawatam kesuburan di Hospial Putrajaya. Mereka telah membuat penambahbaikan dan tempat yang sebaiknya disediakan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn Azreen~ tqvm for your info...alhamdulillah, sekurang-kurangnya dpt menyediakan kemudahan yang lebih baik kpd kita semua..

      Delete
  3. Salam. sis, sy nk tny. Klu nk buat ujian kesuburan kat Hosp. Putrajaya boleh trus pegi ke?
    atau kene call dl buat temujanji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, untuk start treatment di hospital kerajaan, firstly kena dapatkan referral letter dari klinik, better dari mana2 klinik kesihatan kerajaan tapi kalau dari klinik swasta pun boleh juga. Cakap je nak referral letter untuk treatment infertility kat hospital. Then, bawa surat tu ke hospital untuk dapatkan tarikh appointment..they will advise accordingly masa kat hospital nanti the procedure yang kena buat..

      Delete

Follow by Email