Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (44)

Tuesday, March 26, 2013

hati yang disakiti




Ya Allah Ya Tuhanku,

Buangkanlah rasa sakit dari hati ku ini...
Hindarkan lah aku dari perasaan benci, iri dan sakit hati ini...
Sesungguhnya perasaan itu amat membebankan diriku
Amat menyesakkan perasaanku...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berhari aku cuba memadam perasaan amarah ini..
Namun imanku belum begitu kuat untuk menepis hasutan hitam...
Hanya padaMu sahaja yang mampu membuang perasaan sakit ini dari hatiku...

Bantu lah aku Ya Allah,
Keluarkan aku dari perasaan sakit ini...


Tak tahu kenapa..
dah berhari-hari aku cuba mengawal perasaan marah ini..
membendung rasa sakit hati ini...
aku sangka seperti selalu..
perasaan sakit hati aku ini akan hilang selepas seketika..
tapi kali ini...
lain...
dadaku terasa panas..
nafasku kencang dan sesak...
tidurku terganggu...
seolah ada sesuatu yang berat menghempap dadaku...
adakah kerana sering terhiris di tempat yang sama..
maka kali ini..
lukanya payah untuk diubati..
parut yang susah untuk disembuhkan...
sangat tak suka dengan perasaan ini...
sakit kerana disakiti~ tu satu perkara...
sakit kerana tak berjaya membuang perasaan disakiti tu sebenarnya lebih menyakitkan...
mungkin kerana selalunya air mata akan mengalir keluar membuang dan membasuh semua kesakitan itu..
tapi...
kali ini tiada air mata yang tumpah...
maka kerana itu kesakitan ini tidak hilang?...
jika begitu,
aku lebih suka menangis...
menangis bukan bererti aku lemah
menangis tandanya aku kuat untuk terus melangkah...
bukan macam sekarang...
perasaan yang membuatkan aku rasa sangat down ..
semuanya serba tak kena..

Seriously,
Sangat tak suka keadaaan ini...






Tuesday, March 12, 2013

Tidak dapat memiliki apa yang diidamkan adalah sangat menyakitkan..

This year my dream is to buy my own house...

Anak?

Bukan tak nak tapi rasanya kalau ada- alhamdulillah, adalah rezeki dan nikmat yang paling bahagia sekali tahun ni..
Kalau tak pregnant juga lagi..alhamdulillah juga...Tuhan  menentukan ianya bukan masa terbaik untuk kami jadi parents..

Dua tahun azam untuk memiliki anak tak tercapai..frust, sedih, kecewa tak payah cakap lah...
Tuhan saja yang tahu..
So, tahun ni aku berazam untuk memiliki harta fizikal..dan disebabkan perkara ini boleh ku kawal.. dan dengan rezeki yang Tuhan anugerahkan kepadaku.Insya allah, aku akan pastikan ianya jadi realiti tahun ni..

Tidak dapat memiliki apa yang diidamkan adalah sangat menyakitkan...

Tentang anak pulak...

Rasanya usaha ku tahun ini hanya satu..

Mengirimkan doa kepada ibu mertuaku yang akan menunaikan umrah pada bulan Jun nanti...
Doa yang paling mujarab adalah doa seorang ibu ..dan depan Kaabah adalah tempat yang paling terbaik untuk berdoa...
Bukan pada MIL saja, malah pada sesiapa saudara terdekat yang akan ke sana...daku titipkan pesanan mohon doakan aku dan hubby dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Seriously,
I have stop taking all medication and supplement..
Hmm...Susu SK Khisbun pun dah abis dan pati delima pun dah abis..
Tapi tak rasa nak restock..
Appointment dengan HUKM pun i dah tangguh-tangguhkan..
Tak ada hati nak pergi..
(Or sebenarnya setiap kali nak pergi ada je halangan)..
Cam x best je
Biarlah dulu..


  Vs 



Follow by Email