Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (44)

Tuesday, August 7, 2012

Buah kurma dan susu kambing

Ini cubaan pertama setelah banyak membacanya daripada blog teman-teman...
Kebetulan ada makcik saudara yang baru pulang dari Mekah memberikan buah tangan kurma Nabi dan buah zuriat..
Katanya, buah kurma Nabi tu untuk dimakan bersama susu kambing...
So, memang dah biasa dengar di kalangan TTC mengenai khasiat kurma dengan susu kambing ni, tapi tak pernah nak cuba lagi..

Memandangkan yang bulan Ramadhan ni kami stop dari semua treatment moden, so we decide nak usaha dengan cara ni pulak..lebih-lebih lagi dalam keberkatan Ramadhan ni seolah-olah usaha tu sendiri yang datang mencari kami..

(sebab kami tak de pesan or kirim pada mak sedara tu walaupun sebenarnya ada terlintas di hati ni nak pesan buah zuriat tapi entahlah macam tak terkeluar dari mulut, maybe sebab masa tu ada ramai ahli family yang lain kot)

So, semalam sibuk la google resepinya dan kat mana nak cari susu kambing fresh...dua tiga supplier yang dihubungi bagitau tak de stok la, stop sekejap bulan ramadhan la, jauh sangat nak hantar la. In the end, rasa nak guna susu Hi-Goat je sebab baca ada teman-teman blogger yang guna susu tepung ni instead of susu fresh.. Alhamdulillah, akhirnya dapat hubungi seorang supplier wanita yang masih ada stok di rumahnya dan kebetulan pula dekat dengan ofis i ni...pada yang berminat boleh hubungi 0192753696 untuk lokasi sekitar putrajaya, bangi, serdang, kajang...I ambik 10 botol terus dengan harga RM65.00

Malam, lepas berbuka barulah menjalankan operasi ni. Blend 4 biji kurma (2 biji digenggam oleh saya dan 2 biji lagi digenggam oleh hubby) bersama sebotol susu kambing 250 ml. Disebabkan susu tu separuh beku dalam botol, so jadi macam ala-ala ice blended gitu...We all x campur apa-apa yang lain, tapi ada gak yang campur badam or kismis.

Then, minum sorang setengah dari cawan yang sama...Huhu, yang pasti rasanya sedap la jugak..manis-manis lemak gitu..lagipun i memang takde masalah nak minum susu. So, perancangan nya we all nak buat tiap-tiap malam, at least pun sampai abis 10 botol tu...

Insyaallah, moga ada rezeki kami nanti...





Follow by Email