Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Tuesday, August 7, 2012

Buah kurma dan susu kambing

Ini cubaan pertama setelah banyak membacanya daripada blog teman-teman...
Kebetulan ada makcik saudara yang baru pulang dari Mekah memberikan buah tangan kurma Nabi dan buah zuriat..
Katanya, buah kurma Nabi tu untuk dimakan bersama susu kambing...
So, memang dah biasa dengar di kalangan TTC mengenai khasiat kurma dengan susu kambing ni, tapi tak pernah nak cuba lagi..

Memandangkan yang bulan Ramadhan ni kami stop dari semua treatment moden, so we decide nak usaha dengan cara ni pulak..lebih-lebih lagi dalam keberkatan Ramadhan ni seolah-olah usaha tu sendiri yang datang mencari kami..

(sebab kami tak de pesan or kirim pada mak sedara tu walaupun sebenarnya ada terlintas di hati ni nak pesan buah zuriat tapi entahlah macam tak terkeluar dari mulut, maybe sebab masa tu ada ramai ahli family yang lain kot)

So, semalam sibuk la google resepinya dan kat mana nak cari susu kambing fresh...dua tiga supplier yang dihubungi bagitau tak de stok la, stop sekejap bulan ramadhan la, jauh sangat nak hantar la. In the end, rasa nak guna susu Hi-Goat je sebab baca ada teman-teman blogger yang guna susu tepung ni instead of susu fresh.. Alhamdulillah, akhirnya dapat hubungi seorang supplier wanita yang masih ada stok di rumahnya dan kebetulan pula dekat dengan ofis i ni...pada yang berminat boleh hubungi 0192753696 untuk lokasi sekitar putrajaya, bangi, serdang, kajang...I ambik 10 botol terus dengan harga RM65.00

Malam, lepas berbuka barulah menjalankan operasi ni. Blend 4 biji kurma (2 biji digenggam oleh saya dan 2 biji lagi digenggam oleh hubby) bersama sebotol susu kambing 250 ml. Disebabkan susu tu separuh beku dalam botol, so jadi macam ala-ala ice blended gitu...We all x campur apa-apa yang lain, tapi ada gak yang campur badam or kismis.

Then, minum sorang setengah dari cawan yang sama...Huhu, yang pasti rasanya sedap la jugak..manis-manis lemak gitu..lagipun i memang takde masalah nak minum susu. So, perancangan nya we all nak buat tiap-tiap malam, at least pun sampai abis 10 botol tu...

Insyaallah, moga ada rezeki kami nanti...





8 comments:

  1. InsyaAllah Moga berjaya. Mana tahu kan dengan cara ini pula yang boleh 'lekat'..at least you boleh juga minum susu, I ni bab susu2 ni tak berapa pandai nak minum..


    Tapi recently I beli susu Al-Khishbun..susu kambing + debunga kurma + habbatus sauda' + herba2 dari tanah suci Mekah. Tapi belum minum lagi sebab tak boleh minum during menstruation. I jumpa dari blog ni.

    http://inahaireina.blogspot.com/2012/07/perjalanan-ttc.html

    Entah I boleh telan ke tidak entah susu ni..bukak botolnya pun belum..

    Ok Honeylily, Break a leg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis..ada juga baca susu Al-Kishbun tu...
      actually dah hampir sebulan dapat kurma dan buah zuriat tu tapi dok simpan je..entah kenapa tiba2 rasa semangat nak mula cuba minggu ni...insya allah moga ada rezeki untuk kita nanti...
      :-)

      Delete
  2. kak sy nk gak la tnye . ade yg ckp minum susu kmbing ngn kurma tue hnya 1 kali seumur hidup , susu minum setiap pagi. so akak minum susu ngn kurma tue smpai susu tue habis ke ape ye ? sy nie dah sthun lebih tkde rezeki lagi..nk mncube jugak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi shahida,
      saya buat banyak kali juga..tapi kemudian stop sebab minum SK Khisbun pula...tapi tu pun sempat 3 bulan je, then stop juga
      cuba sahaja lah...insyaallah yang penting kita usaha..

      Delete
  3. sorry nak tanya, if guna susu instant hi goat tu boleh ke ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya, sebab ramai gak kawan2 TTC yg guna susu instant tu

      Delete
  4. ingin mencari pendapatan lebih? just click this website:http://www.theweeklypay.com/index.php?share=359926

    ReplyDelete
  5. salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik susu kambing segar boleh call saya no 012-2331147 saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

    ReplyDelete