Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Friday, April 22, 2011

Anak Angkat

Cerita anak angkat...one of my best buddy is in the process to adopt a son...
Ooppsss...dye bukan geng TTC...Still single but not available..2 years younger than me (means at late 20s already la)
And anak yang dye nak adopt tu berusia 3 tahun dan merupakan anak kepada saudara mara bau-bau bacang dye gak...reason: tak mampu nak jaga..
Tapi my buddy ni nak wat ikut law; dengan surat lawyer and angkat sumpah sume sebab takut nanti parents budak tu tuntut balik bila nanti dah sayang kat budak tu dah spend banyak sume....lagipun sekarang budak tu memang emak my fren ni yang tgh jaga..

Then, ade sorang cik puan ni, kawan we all gak tanya soalan cepu mas (yang rasenya kalau tanya pada i rase nak cepuk je muka dye)
"Anak orang tak sama lah macam anak sendiri, boleh ke nak sayang anak orang?"

Pergh....pedih giler aku dengar!!!

Jawapan aku senang jer..."BOLEH!! Dan boleh sayang lebih dari anak sendiri"

Sebab ape aku cakap macam tu....sebab ade bukti depan mata aku sendiri...
Ingat tak cerita aku pasal adik kesayangan aku tu (dalam entry SUNYI...)...
Yes, adik kesayangan aku tu adalah anak angkat dalam keluarga kami....aku jarang sebut or nyatakan perkara ni...sebab macam tak suke bunyinye..
Mase tu i form 2 lagi..Since dye lahir lagi...parents dye orang susah and tak mampu nak jaga sorang lagi anak dan berharap supaya anak tu dapat kehidupan yg lebih baik. yes, dye ade adik beradik yang lain cuma mungkin nasib dye lebih baik, rezeki dye lebih murah...
Tapi we all x pernah anggap or even terfikir yang dye adalah anak angkat...sebab since dlm perut lagi parents dye dah sebut yang tu anak mak dan ayah...rezeki mak dan ayah, they all cuma tolong lahirkan ke dunia je. (Baik kan orang macam ni.Ada lagi tak orang macam ni).. Even mase dye lahir pun, dye tak pandang blood mother dye and nangis je but bile mak pegang dye terus dye diam...
Tapi macam my fren la, my parents buat ikut law...and sekarang my bro ni kire anak yatim sebab blood father dye dah meninggal a few years back...

Honestly cakap, we all satu family memang sayang giler kat adik..maklumlah kan...anak bongsu pastu plak mak dgn ayah plak dah lama tak ade baby, sebab adik yg paling kecik masa tu pun dah 11 tahun...lebih-lebih lagi mak..kadang-kadang sayang mak kat adik mengalahkan sayang mak kat kite org (wah..nada jeles nampak..ke perasaan je)...And ape je yang adik nak, mesti kiteorg akan tunaikan (oh ya...kakak still hutang belanje naik kapal terbang je ok, tunggu cuti sekolah nanti)..Dan masa kecik-kecik, adik adalah baby yang sangat sangat comel dan baik hinggakan semua org sgt syng kat dye, termasuk la pengasuh dye!

Sampaikan mak pernah merajuk gile sampai nak lari rumah dgn ayah sebab masa adik Form 1, ayah bagitau adik dan nak jumpakan adik dengan adikberadik dye (ok insiden masa tu memang sgt kelakar)...seingat aku jugak...mak tak pernah garang gile dgn adik macam mak garang dgn we all mase kecik2 dulu..maybe sebab adik anak paling baik dan aku anak paling nakal dlm family kot...


Conclusionnya, adik memang anak emas emak..sebab tu bile adik nak masuk asrama, mak dgn ayah tak pernah setuju. Ade je alasan. Even mak cakap, esok2 pilih U yg dekat2 je dgn rumah. Senang katanya. Sayang melampau kan? Padahal adik aku yg sorang tu Form 1 dah dok asrama.Aku dulu tercampak matriks kat UUM nun sana ujung dunia tu.Hahaha...banyak lagi cite kelakar pasal kasih sayang mak kat adik...

Even mase sekarang pun kalau aku nak balik umah mak, mesti tunggu time adik balik dari asrama sebab macam tak best kat umah bile adik takde..hehehe..
Alhamdulillah, adik memang seorang anak yang baik...kadang-kadang aku rasa perangai adik lebih baik berbanding aku sendiri (yes, aku memang anak yang nakal walaupun aku anak perempuan dan sulung berbanding anak-anak yang lain, tp tu dulu la....sekarang dah sedar), seorang anak yang taat....dan bijak pulak tu...Sememangnya kehadiran adik menjadi penyeri dan penambah kebahagiaan dalam keluarga kami.. Kelahiran adik adalah antara anugerah yang tak ternilai bagi kami

MAK, AYAH, KAKAK DAN ABANG SAYANG ADIK....

So, jawapannya Boleh Sayang Anak Angkat Macam Anak Sendiri..

So, lenkali kalau tak tau jangan nak bercakap, jaga sikit bahasa tu ok! Esok2 anak cucu kau kena TTC, pastu amik anak angkat, baru terkena batang hidung sendiri...Tak kira la macam mana pun, anak tu anugerah Tuhan, rezeki amanah dari Tuhan yang perlu dijaga dengan baik...ada macam-macam cara untuk Tuhan beri rezeki tu..

Aku tak pernah terfikir isu  ni walaupun sebenarnya kat depan mata dah ada sebab tak pernah terfikir or rasa langsung akan adanya perbezaan tu, perbezaan wujudnya ank angkat dalam family kami...mungkin Tuhan dah archieve kan kot ingatan tu...hahaha...but in the end; again....hanya orang yang mengalami aje yang tau perasaan sebenarnya...(sedih mak aku kalau dye bace ni)

But for me, buat masa ni belum ada tergerak hati or perancangan untuk ke arah itu...Nak try cara lain dulu...

Tuesday, April 19, 2011

Pada yang tak reti bahasa gak..

‘Bila nak dapat anak’ atau ‘kenapa tak dapatkan rawatan’. Soalan spt ini sebenarnya tidak perlu diajukan kerana soal anak dan kesuburan adalah kuasa Tuhan. Ramai bukan sekadar bertya tetapi cuba jadi penasihat dgn menyarankn pelbagai kaedah, termasuk rawatan tradisional. Mereka mungkin berniat baik, tetapi mereka tidak sedar ia sudah keterlaluan dan melanggar hak peribadi orang lain.

Dipetik daripada : http://tipskahwin.com/tips-merancang-keluarga/rawatan-kesuburan-adalah-proses-panjang-mahal-dan-tidak-menjanjikan-kejayaan-tinggi/

SEBELUM anda membuka mulut untuk bertanya ‘bila hendak menimang cahaya mata’ kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih berdua, fikirkan semula dan timbangkan masak-masak sama ada soalan itu perlu atau tidak, walaupun rasa ingin tahu membuak-buak.(tak payah la sibuk sibuk nak tahu, korang bukan nak tahu sangat pun sebenarnya, nak menyibuk je lebih...soalan bila? tu umpana korang tanya bila nak beli baby kat jusco? or bile nak order baby kat kilang QXY? Bukan semudah beli barang ok!)

Jika pertanyaan hanya sekadar menjadi ‘pemanis mulut’ untuk menyapa, baik lupakan saja niat baik anda itu. (Banyak lagi soalan lain boleh tanya sebagai 'pemanis mulut').

Atau jika ada yang beranggapan dengan bertanyakan soalan seperti itu menandakan keprihatinan atau cuba tanda ambil berat, anda sebenarnya silap kerana ia jelas menunjukkan anda sebenarnya tidak sensitif terhadap perasaan orang.(YESSS...anda memang tak sensitif langsung and tak tahu nak jaga hati orang sebab korang memang takde hati perut dan perasaan)

Mungkin ada yang berkata, sekadar bertanya apa salahnya. Betul, memang tidak salah untuk bertanya tetapi bagi pasangan yang tiada anak, pertanyaan begini sebenarnya sangat berbisa dan bisanya terus menusuk ke dalam hati. (Salah salah salah...dan tetap salah..jangan tanya ok!)

Tiada pasangan berkahwin yang tidak mahu anak; bezanya belum ada rezeki untuk mereka. Ketiadaan rezeki ini juga mungkin disebabkan masalah kesuburan, sama ada pada suami (40 peratus) dan isteri (40 peratus). Manakala 20 peratus lagi puncanya tidak diketahui dan hanya takdir Tuhan yang akan menentukannya. (Bace betul betul!! Kuasa dan takdir TUHAN....even 40% + 40% tu pun kuasa Tuhan jugak....)

Penyelaras Pusat Kesuburan Konsep, Hospital Service Damai (DSH), Toh Lu Yee, berkata kajian yang dilakukan Freeman et al ke atas 100 lelaki dan 100 wanita mendapati, 49 peratus wanita dan 15 peratus lelaki mengatakan isu kesuburan adalah perkara paling menyedihkan sepanjang hidup mereka.

Malah, Baram et al pula mendapati, 13 peratus wanita yang gagal mendapat anak selepas menjalani rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF) mempunyai keinginan tinggi untuk membunuh diri kerana terlalu kecewa. (mintak dijauhkan hendaknya)

Manakala ada kajian lain menunjukkan pasangan yang berdepan masalah kesuburan mempunyai kecenderungan tinggi mengalami kemurungan.

Pertanyaan ‘bila hendak dapat anak’ atau ‘kenapa tidak dapatkan rawatan’ menyebabkan ramai wanita mengelak menghadiri majlis keramaian seperti kenduri atau perjumpaan kawan lama supaya tidak dihujani soalan menyedihkan ini.

Soalan seperti ini sebenarnya tidak perlu diajukan kerana tiada siapa dapat memberi jawapan. Soal anak dan kesuburan adalah kuasa Tuhan dan ia di luar kawalan setiap manusia.
Bahkan, ramai bukan sekadar bertanya tetapi cuba menjadi penasihat dengan menyarankan pelbagai kaedah, termasuk rawatan tradisional yang tiada bukti keberkesanannya. (Saya hanya percaya dan akan dengar nasihat kawan-kawan yang sama-sama TTC sahaja..yang lain dok diam2 ok..)

Mereka mungkin berniat baik, tetapi mereka tidak sedar ia sudah keterlaluan dan melanggar hak peribadi orang lain. Tidak perlu memberi nasihat, kecuali jika diminta.

Sedihnya, soalan seperti ini biasanya tertumpu kepada isteri dan jarang diajukan kepada suami. Ini menyebabkan wanita mudah berasa sedih, kecewa, rendah diri dan ada kalanya lebih suka mengasingkan diri daripada bercampur dengan masyarakat.

Suami dan isteri mempunyai kebarangkalian sama untuk mengalami masalah kesuburan. Justeru, isu menyalahkan satu pihak sepatutnya tidak timbul hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesuburan.
Ketepikan cakap-cakap orang kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah anda, sebaliknya boleh membuat anda dan pasangan lebih sedih serta tertekan.

Sebaliknya, Toh menyarankan pasangan yang tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin (enam bulan jika isteri berumur 35 tahun ke atas) menjalani pemeriksaan kesuburan. Ini membolehkan mereka mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan zuriat.

Lelaki yang ada masalah kesuburan (kurang sperma) biasanya sukar dan malu untuk membincangkan masalah mereka. Malah, mereka tidak tahu bagaimana hendak menerangkan keadaan itu kepada pasangan, berasa rendah diri dan hilang keinginan seksual sehingga tidak mahu mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.

Jika masalah berpunca daripada isteri, suami perlu memberi sokongan sepenuhnya kerana rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan wanita biasanya lebih susah dan memakan masa lama. Sokongan dan kerjasama suami memudahkan proses rawatan, selain mengeratkan kembali hubungan yang semakin suram,” katanya.

Bagaimanapun, isu emosi pasangan yang tiada anak jarang diberi perhatian dalam rawatan kesuburan. Malah, ada kalanya pasangan sendiri tidak tahu rawatan apa diberikan kepada mereka.
Persediaan minda sebenarnya antara elemen penting dalam rawatan kesuburan supaya pasangan boleh menerima keputusan rawatan dengan baik.

Menurut Toh, tekanan berlebihan boleh merangsang penghasilan hormon prolaktin yang merencat proses ovulasi (penghasilan telur pada wanita) dan mengganggu pengeluaran sperma suami.
Tekanan juga boleh mengakibatkan lelaki mengalami masalah ereksi, bagaimanapun biasanya masalah kesuburan menyebabkan pasangan tertekan.

Mengapa kaunseling penting sebelum, semasa dan selepas rawatan kesuburan? Kata Toh, prosedur rawatan kesuburan itu sendiri boleh menyebabkan tekanan emosi.

Sebelum mendapatkan rawatan kesuburan, pasangan perlu faham masalah yang mereka hadapi. Rawatan kesuburan adalah proses panjang, mahal dan tidak menjanjikan kejayaan tinggi. Justeru, mereka perlu ada persediaan minda sebelum menjalani rawatan.

Antara faktor lain yang perlu difikirkan ialah kewangan, masa (mungkin perlu mengambil cuti bagi wanita bekerja), sokongan dan kerjasama suami serta kerahsiaan kerana masalah kesuburan adalah isu sensitif bagi kebanyakan pasangan. (So, again...ditegaskan tak perlulah nak menyibuk, definitely kami ada usaha dan inisiatif sendiri untuk dapatkan zuriat, tapi kami tak perlulah nak canang satu dunia setiap kali kami pg check up ke ape ke pada orang-orang yang tak TTC, sebab nanti korang tanya lagi dan tak kan faham pun)

Rawatan paling murah ialah hubungan kelamin terancang dan biasanya pasangan dinasihat melakukan sehingga enam cubaan saja (enam kali kitaran haid). Jika tidak berjaya, boleh beralih ke rawatan seterusnya supaya dapat menjimatkan masa dan wang.

Kaedah seterusnya ialah permanian beradas yang menelan belanja antara RM750 hingga RM1,000; yang boleh dicuba hingga tiga kali.

Dalam kaedah ini ramai pasangan mula tertekan dan hanya mengadakan hubungan kelamin jika perlu. Malah, ramai putus asa apabila kaedah ini juga gagal dan mulai berasa rendah diri.

Begitu juga kaedah persenyawaan In-Vitro yang dianggap ‘roller coaster’ dalam rawatan kesuburan. Embrio yang disenyawakan juga ada kemungkinan tidak melekat di dinding rahim atau jika wanita berjaya mengandung, ada juga yang gugur selepas dua atau tiga bulan.

Bagi pasangan seperti ini, kesedihan akibat keguguran sama seperti berlaku kematian orang tersayang dan biasanya mereka takut hendak meneruskan rawatan kerana bimbang keadaan sama berulang. Jika keadaan ini berlaku, kesedihan dialami akan berganda.

Berdasarkan kajian, pasangan yang mendapat kaunseling didapati lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan rawatan kerana mereka faham kesuburan bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Rawatan canggih juga belum dapat menjanjikan kejayaan sepenuhnya.

Justeru, pasangan perlu ada sasaran dan tahu bila mereka perlu berhenti mendapatkan rawatan. Persediaan minda seperti ini perlu ada supaya mereka tidak mengalami kemurungan jika semua cubaan tidak berjaya.
Selain itu, pasangan perlu belajar cara mengatasi tekanan emosi seperti:


  • Berkongsi perasaan dengan pasangan, kaunselor, keluarga atau rakan. Untuk meluahkan masalah kepada rakan, pilihlah individu yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.




  • Banyakkan membaca dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai rawatan.




  • Berkongsi perasaan dengan pasangan yang ada masalah sama.




  • Menyertai kumpulan sokongan dan mengetahui cara orang lain menangani masalah mereka.




  • Buat rancangan khas pada hari mendapat keputusan pemeriksaan. Seperti merancang makan malam romantik bersama pasangan. Jika keputusan negatif, rancangan perlu juga diteruskan untuk meredakan kesedihan.




  • Luangkan masa untuk diri sendiri seperti pergi bercuti.




  • Tahu bila perlu berhenti rawatan (sama ada untuk seketika) atau menghentikannya terus.


  • Terus memupuk hubungan erat dan mesra antara suami isteri.




  • Bagi pasangan yang mempunyai anak (dan berusaha mendapatkan anak kedua) mereka mungkin boleh membabitkan anak sepanjang rawatan. Tekanan emosi
    > Pasangan takut untuk mengetahui keputusan pemeriksaan.
    > Rawatan mengambil masa lama.
    > Rawatan tidak menjanjikan peratusan kejayaan yang tinggi.
    > Kos rawatan mahal.
    > Pasangan mengadakan hubungan kelamin apabila perlu (berjadual).
    > Pasangan putus asa apabila rawatan gagal.
    > Berasakan kemampuan diri terhad (tidak mampu berfungsi sebagai suami atau isteri).
    > Rendah diri.

    Kaunseling
    > Mendapat penjelasan mengenai sistem reproduktif.
    > Meluahkan perasaan terhadap keputusan pemeriksaan atau rawatan.
    > Sebagai tempat selamat dan selesa untuk meluahkan masalah serta berkongsi perasaan.
    > Mengetahui cara menyelesaikan masalah dan mengurangkan tekanan.
    > Membolehkan pasangan menjangka keputusan akhir rawatan dan cara menyediakan diri jika rawatan tidak berjaya.
    > Mengetahui rawatan kesuburan alternatif seperti permanian beradas (IUI) atau persenyawaan In-Vitro (IVF).





  • ©The New Straits Times Press (M) Berhad

    Monday, April 18, 2011

    Adakalanya kita lupa

    "Adakalanya kita lupa bagaimana rasanya gembira
    Adakalanya kita lupa bagaimana rasanya bahagia
    Sedangkan kita pernah gembira dan bahagia
    Dengan setiap apa yang kita miliki

    Ada ketika kita lupa rasanya duka 
    Dan apa itu rasanya kecewa
    Bila hati sentiasa ceria

    Adakala kita lupa bagaimana menjadi tabah
    Dan bagaimana menjadi orang yang sabar
    Sedangkan kita pernah tabah dan sabar
    Dengan setiap dugaan yang dihadapi

    Adakala kita lupa indahnya mimpi
    Dan bagaimana untuk menyimpan impian
    Kerna takut akannya kecewa
    Sedangkan mimpi dan impian itu yang menghidupkan kita

    Ada kala kita lupa menoleh ke belakang
    Bila kini selalu di depan
    Sedangkan langkah yang diatur dahulu
    Yang membawa ke destinasi ini"


    Tuesday, April 12, 2011

    Allah listen to our prayers..

    A friend post this on her FB just now:~
    "Allah listen to our prayers. If not by answering directly, is either delay to test your patience or preparing the best for you. Keep praying. Insyallah. and Wallahualam"
     Thanks dear for such a wonderful words...
    I'll be as patience as i can...if possibly..And God, please make me so..
     
     

    Thursday, April 7, 2011

    SEMANIS KURMA TV 9 - RAJUK JIWA MENANTI PERMATA

    Rata-rata teman-teman TTC semuanya membicarakan hal ini..
    Baik di FB atau pun di blog..

    Terima kasih kerana sekurang-kurangnya cuba mengetengahkan isu ini
    tapi bagi aku
    hanya yang mengalami saja akan memahami..

    Rajuk jiwa dipujuk sendiri...
    Hati lara dipendam lagi..
    Walau sukar jalan disusuri..
    Permata hati tetap dinanti..

    Day 21 blood test

    Hubby is still in the hospital...
    But today is my appointment for 2nd blood test..
    So kena pegi sendiri..
    Honestly sepanjang malam tak dapat tido..risau..
    Finally pagi2 call my fren temankan..
    Thanx a lot babe..
    You are my best fren forever!

    Alhamdulillah kali ni tak pengsan dah...
    cuma pening sikit jer..
    tapi take some time gak la nak amik darah tadi..
    sebabnya tak jumpa vein
    tiga kali cucuk kat atas tangan kanan
    Cucuk pertama x keluar darah, nurse tekan lagi sekali dalam2 skit
    (rase macam sungkit) aku dah jerit sakit
    Kali kedua try lagi pun x keluar darah jugak...
    Aku kata sakitlah nurse...

    Then datang another nurse
    Rasenya yang sama aritu..
    Slowly she take over from the current nurse..
    And dye tanya aritu amik kat mane?
    Aku tunjuk lah kat lengan belah kanan
    (the bruise vanished within 5 days)
    Then dye tengok lengan kiri ikat dgn tali..
    Dye kata vein aku sangat halus and ke dalam
    susah nak cari..
    And finally..within few seconds dah siap..
    Takde rase sakit langsung..
    And no bruises like that day..

    Aku pening sebab tertengok darah sendiri..
    Ya, aku memang mabuk darah..
    Bak kata hubby,
    "Tu memang kelebihan aku"

    Kesimpulannya,
    sakit atau tak adalah bergantung pada
    layanan nurse...
    hehehe..
    kalau tak mesti aku tak phobia

    Tuesday, April 5, 2011

    Delayed

    No TTC this month...
    Hubby admitted...
    Too many things in my mind...
    Too many version of stories...
    Hopefully nothings to worry about..

    Before this,
    I always wonder~ Dear Hubby, how if i cant conceive n give you beautiful babies?
    But now, should ask myself~ How if it is otherwise?
    How strong I am if things are not as wht i thought?
    Will I be as calm as my hubby when i asked him the question?No matter what, I should...
    And how far the situation will force pressure on us? I dont have any clue...but my tears are still not dry...yet..

    And maybe i would delayed the apptment this Friday...

    Ya Allah, kenapa berat dugaanMu ke atas kami?
    Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat agar ada yang mendoakan kami apabila kami telah tiada kelak...
    Ya Allah, janganlah ditarik nikmat kami yang satu ini..

    Dear Hubby,
    Semoga cepat sembuh..
    B rindu D sangat...