Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Wednesday, June 1, 2011

Masih ada impian

Aku terbang menuju ke bintang
Patah sayap lalu hujan mendatang
Apakah bisa impian dicapai dengan senang?
Atau hidup ini tidak ada yang tenang?

Cuba engkau perhatikan ia
Seakan memanggil untukmu kesana
Adakah semua bintang2 sudah ada yang punya?
Atau adakah sebuah bintang untukku telah tercipta?

Indah sungguh malam damai ini
Seakan aku tidak mahu masa berganjak lagi
Apakah ini hanyalah mimpi?
Mencari ilusi dalam fantasi

Aku mahu temankan mu melihat bintang
Agar kita berdua dalam keadaan tenang
Daripada kacau bilau yang mendatang
Dan kita berkongsi harapan agar impian kita takkan hilang.

No comments:

Post a Comment