Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Tuesday, March 22, 2011

Mabuk Darah

Semalam appointment untuk amik darah..D2...proses tu kejap je tapi jadi menarik..

Since hari Ahad lagi me dah tak keruan sebab dah tau dah ari Isnin kena pegi ambil darah.So, lastly paksa Mr Hubby temankan...sebabnya...me ni mabuk darah sikit..(oopss, bukan sikit, banyak kot!)

Apa saja yang berkaitan darah, xcident ngeri, bedah-bedah orang mampu membuatkan seluruh badan ini kebas dan paling teruk boleh menyebabkan me pengsan...Serius, tak tipu. Even masa amik darah untuk ujian HIV masa nak kahwin dulu pun me boleh pengsan, (yes, I pengsan dan menyebabkan klinik kelana jaya havock sebentar) inikan plak nak amik darah 1 tiub!!! Dengar je pun dah ngeri..Hampir-hampir je cakap kat Mr Hubby nak cancel semua treatment dan berserah je..

Nasib baik masa sampai di Hospital Putrajaya tu, me adalah orang terakhir untuk proses ambil darah tu..
Masuk je terus cakap kat nurse tu, "Misi saya ni mabuk darah ye," Dengan muka cuak dye jawab," Hah, sudah, jangan pengsan kat sini sudah"
I jawab,"Yang tu saya tak boleh nak jamin..." Pastu dua-dua gelak..To cut short Then panggil mr. Hubby masuk sekali n ade satu lagi jururawat standby, tak bagi me tengok proses tu tapi of course boleh rase kot....

N conclusion nye...of course la aku pengsan...hahaha....
Wait for D21 blood test plak....
pasni mesti me akan jadi famous kat hospital putrajaya cam masa kecik-kecik dulu kat hospital pulau pinang...

1 comment: