Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Friday, March 11, 2011

Ketika Cinta Terhenti

Aku dah penat
Aku dah letih
Menyelusuri hari
Demi mengemis setitis kasih
Yang aku sendiri tahu bukan milikku

Ketika harapan yang tercipta
Bukan untukku
Seharusnya aku berhenti
Dari terus bermimpi
Mengejar fantasi

Tapi
Mengapa hati ini
Seakan memungkiri diri sendiri
Demi
Sebuah hakikat yang telah pasti

Pergilah angan
Lenyaplah kenangan
Aku bukan lagi permaisuri
Bagi sebuah ceritera cinta
Dalam kisah dongengnya

Sesungguhnya
Ketika Cinta terhenti
Dan
Aku sendiri memang sedari
Cuma sekeping hati yang enggan mengakui

Lalu
Rawanku bertambah duka
Hati kecilku semakin terluka
Pada sebuah pengasingan emosi
Yang hanya memakan diri

Berhentilah di persimpangan itu
Kasihanilah hatimu
Kerana
Cinta itu sudah lama terhenti



1 comment: