Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Saturday, May 17, 2014

usaha sepanjang setahun ini...

Assalamualaikum...

Lamanya bersawang blog ni kan...
Lama tak menulis..
Bukan sengaja..
Tapi sebab memang tak ada apa-apa pembaharuan apatah lagi perubahan...
Treatment hospital pun dah lama terbengkalai...
Dah setahun berlalu since the last IUI..
Bukan tak nak sambung tapi masa tu kekangan kerja yang sangat tinggi..
Diberikan peluang menggalas tanggung jawab yang besar...melaksanakan dua tugas serentak..
Fuh, macam superwomen rasanya..
Rasa macam dah ready nak mencabar diri sendiri ke tahap yang lebih tinggi..
Tapi...

Tapi diam tak diam masa berlalu membuatkan usaha TTC selama ni jadi terabai...
Sayang..Marriage pun ada sedikit kedinginan dalam tempoh tersebut..
Tiada kepuasan kerja...apatah lagi di rumah..
After setahun mengambil kesempatan dengan program transformasi di ofis..
Minta tukar unit...biarlah orang cakap tugas sekarang ni tak mencabar..tak glamour..
Sebab rasanya bukan itu yang dicari...
Yang pasti boleh balik on time setiap hari ...takde lagi nak kena out station selalu..takde lagi balik lambat selalu..takde lagi perlu bekerja sehingga ke hujung minggu...

Alhamdulillah..hidup makin teratur dan normal dalam dua bulan ini..
Kalau ada yang tertanya-tanya..belum...saya masih lagi seperti setahun yang lalu..

So, saya sambung semula usaha TTC...
Mungkin sebab stress dengan kerja, period saya yang selalu je teratur dan on time jadi ting tong...
And masalah keputihan yang agak teruk juga..sampai rasa gatal yang amat..sampai saya garu pun melecet n luka..
Tambah satu masalah baru kan...

Kebetulan masa tu tengah 'panas' dengan produk Shaklee..saya cuba..kebetulan ada seorang kawan bloggers n seofis yang jadi pengedarnya...
And saya amalkan membersihkan tempat tu dengan dengan air rebusan daun sirih..
Alhamdulillah period saya jadi ok semula...and keputihan pun hilang..

Kemudian,
Satu hari tu..
Bos lama datang jumpa saya...nak bagitau good news...
Dia bagitau dia dapat sambung belajar ke Jepun..
Oo..sedikit latar belakang beliau..
Umur awal 40-an..dia lambat kahwin..kahwin tahun 2010 iaitu setahun selepas saya..
Husband dia pun dalam 40s camtu..tapi duda..pengacaara sebuah rancangan talkshow kat RTM..hehe..kalau bagitau nama mungkin ada yang kenal..
Selalu juga tukar-tukar cerita ttg TTC ni, she is a very understanding and supportive person..
Im so lucky to have her as my immediate boss actually...
She told me she is 2 months pregnant..huhu...masa tu kami sama-sama rasa macam nak menangis..
Sebab dia kata, bagi dia at her age tu dapat kahwin and ada seorang suami yang penyayang pun dah besar rahmatnya..terutama sekali bila dia nak start buat treatment tapi husband dia macam tak supportive..so dia pendamkan je..lagipun family dia or in laws tak pernah bagi pressure..maybe sebab situasi and usia dia kot..
So dia abaikan je.
Sampaila dia amik Shaklee untuk atasi masalah ezcema dia yang teruk..alhamdulillah jadi ok..then dealer dia tu suggest la dia untuk amik set kesuburan shaklee..so dia pun try lah..alhamdulillah after 2 months dia pregnant..
Im just so happy for her..double joy..
Then dia adalah share item2 Shaklee yang dia amik...nanti i share kan ye..

So, i pun cubalah juga the whole bunch of sets yang dia dah cuba tu..manalah tau kan...
Tapi dah masuk bulan ketiga..belum ada apa-apa tanda lagi..

Then one of my friends..my ex housemate actually suggest i untuk berurut...coincidently rumah akak tu dekat je dengan rumah i..huhu..selama ni punyalah beria-ia cari tempat berurut yang jauh-jauh..my fren ni kawen masa tahun 2011..
So i pergi jugalah...maknanya ni dah masuk kali ketiga tempat i berurut...
Rawatan dia agak panjang..and lama,,almost a month gitu..and dengan husband sekali..
Tak ada apa-apa bayaran dikenakan..seikhlasnya..
Kat sana juga, dapat kena a new circles of TTC friends..macam-macam cerita..ada yang dah nak masuk 10 tahun pun ada..ada yang anak dah umur 15 tahun nak second baby..ada yang asyik gugur..yang jauh dari Kedah dan Kelantan pun ada..
paling tak boleh blah...nak anak perempuan sebab dua-dua anak lelaki..(untung la boleh pilih-pilih macam tu kan)...
Alhamdulillah...mostly yang berurut dengan akak ni berjaya pregnant..(tapi bab pilih-pilih jantina tu i tak sure la berjaya ke tak).Ni bukan cakap-cakap sebab i jumpa sendiri dengan geng-geng TTc yang berurut ni...dari tak kenal jadi ada ikatan silaturrahim sebab biasanya bila masuk hari ke 100 pregnant atau 3-4 bulan, akak ni galakkan buat kenduri doa selamat kat tempat dia dan akan jemput geng-geng urut ni...Sedikit sebanyak ada aura positif yang menggembirakan..
Tentang urut ni plak akak ni buat cara Islamik dengan doa-doa dan amalan-amalan tertentu..dia akan ajar wirid2 yang perlu diamalkan..puasa 7 hari... dan lain-lain amalan fizikal...dan pemakanan
Rawatan i belum habis lagi dengan akak ni... ada lagi tiga kali kena datang berurut..

Currently Im in 2 weeks wait mode..harapan nya moga dengan usaha-usaha tambahan ni increase my chances to get pregnant..takde la bergantung dengan ubat-ubat hospital semata...

Berdebar juga nak tunggu 2ww kali ni..sebab rasanya dah usaha sehabis mungkin..tak nak berharap sangat tapi tipulah kalau kata tak berharap kan.... *smile*..

Semua pun dengan izin Allah juga..sesungguhnya Dia yang menghidupkan dan mematikan..'

Doakan saya dan suami ya kawan-kawan...semoga ada miracle kali ini..





7 comments:

  1. Mudah2an diperkenankan Allah hajat Honeylily..Amin..

    ReplyDelete
  2. InshaAllah, smg Allah oerkenankan hajat honeylily... Amin...

    ReplyDelete
  3. AMIN..moga Allah perkenankan hajat Lily,...

    ReplyDelete
  4. inshaaAllah.mudah2an ada good news nnt :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah. moga Allah permudahkan :)
    take care dear!

    ReplyDelete
  6. Assalam, blh share x tmt awak pergi berurut tu? If ad contact num pn lg bagus. Ni email sy, 2missmajo@gmail.com.

    ReplyDelete
  7. Assalam, blh share x tmt awak pergi berurut tu? If ad contact num pn lg bagus. Ni email sy, awinmus@gmail.com.

    ReplyDelete