Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (44)

Tuesday, November 6, 2012

Anak itu pakej...

On the way ke KL dengan my immediate bos, dalam hujan lebat dan trafic yang perlahan, macam-macam perkara..

Termasuk my progress on the treatment. Then dye cakap, dye dulu pun lambat gak dapat anak. Nak masuk 3 tahun kahwin baru dapat yang sulung. Yang kedua dan ketiga pun selang 5 tahun setiap satu, tu pun puas makan ubat nak bagi lekat katanya.

Satu pesanan yang paling saya terkesan adalah:-

Dengan lemah lembut dye cakap,"H*****, anak ni sebenarnya datang dengan satu pakej lengkap dari Allah."

Saya diam, tak berapa nak faham.."Pakej? Pakej macam mana tu puan?"

"Yela, ada gembiranya, ada sedihnya, ada suka, ada duka. Ramai yang hanya ingat kegembiraan or keseronokkan tentang anak, tapi bila anak menangis, buat perangai dll mula la pulak tak tahan la..silap hari bulan boleh bergaduh suami isteri"

I cuma senyum je..betul jugak..selama ni hanya terbayangkan alangkah seronoknya jika ada anak..nak buat macam ni macam tu, nak beli itu beli ini..tak terfikir lagi tentang macam mana nak menangani karenah nya...anak tu pun ada moodnya...

Kebetulan Blog A simple Life pula ada cerita yang hampir berkaitan dengan perkara ni..


Salam kwn2...rasa nak berkongsi apa yg sy dpt td dr seorang ustazah..lebih kurang mcm ni bunyinya..

"Kalau kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu/ayah..pastikan setiap hembusan & sedutan nafas kita tidak diiringi dengan dosa..pastikan kita didik anak itu betul2 ke jalan yg benar, ke jalan yg diredhai Allah..sesungguhnya, ibubapa akan menanggung kejahilan seorang anak andai kita tidak mendidik mereka dgn betul...bayangkan byk mana dosa yg akan kita tanggung hingga hujung nyawa..jgn ambil mudah soal pendidikan agama, ajarlah anak2 dr hal yg kecik2 sehinggalah yg besar, dari cara amik wudhu' sehinggalah kpd yg halal & haram..pastikan anak takut pada dosa, takut pada neraka.."

"Bila kita pandang org takde anak, kadang2 kita berasa beruntungnya mereka..sbb Allah tak bebankan mereka dgn dosa2 sebegini.."

Sayu hati sy dgr nasihat ini...tiba2 rasa sgt2 lapang & redha dgn ujian ini...ya kwn2, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berusaha..yg menentukan Allah...pasti ada hikmah disebalik semua ini..mungkin kita masih belum dikurniakan anak kerana Allah tahu kita belum betul2 bersedia utk mendidik anak ke jalanNya..

Jgn kita bandingkan kita dgn org lain yg nampak tak seberapa, tp dikurniakan anak berderet..belum tentu lagi dia beruntung @ tidak...kita tak nampak dosa & pahala yg terheret pd diri mereka..jadi, bersyukurlah dgn apa jua keadaan & ujiaan yg Allah tentukan pd kita..

Wallahua'lam.."


Ya Allah, sungguh rasa macam nak menangis masa baca entry dari blog ni...
Zuriat itu anugerah, zuriat itu amanah...
Tanpa zuriat juga adalah anugerah...
Dengannya ada pahala, tanpanya juga ada ganjaran di sana....
Again...setiap perkara dari Allah itu ada hikmahnya yang tersendiri...
Walau perkara yang sama, situasi berbeza
Tapi...
Hikmah Ya Rabbi tetap sama...





2 comments:

  1. Semua yang berlaku ada hikmahnye kan.. ALLAH dah tentukan yg terbaik untuk umatnya.. termasuk kita. kalau dah takdir takde anak tapi bahagia sampai ke syurgaaaaaaaa.. aminnnnnnn

    ReplyDelete
  2. iya setuju, 2-3 hari ini juga sy memikirkan perkara yg sama..selalu membayangkan yg indah2 akan berlaku jika kita punya anak nanti, hidup pasti akan lebih lengkap dan bahagia..hakikatnya benarkan hidup kita akan menjadi sempurna seperti yg kita mahu..segalanya tak dapat dijangkakan..sebab yg namanya dunia adalah tempat utk diuji, tidak ada yg sempurna dan kekal, susah itu ujian, senang juga adalah ujian...mudah2an Allah tetapkan yg terbaik buat kita...

    ReplyDelete

Follow by Email