Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Thursday, April 12, 2012

The journey starts again...

Bulan ni masih lagi rest...
Next month...all the treatment akan start semula...
Went to Hospital Putrajaya on Monday..
So, first day of period next month kena datang balik hospital untuk consultation, ~ whether proceed dgn clomid,  follicle tracking & TSI or go through the next step (which she doesn't say what)..
Berdebar semula.........
Dalam pada tu, dah call MakYong yang disuggest oleh salah seorang rakan TTC untuk try berurut juga...
Pun kena datang after period...
So, next month will be buzy with "baby making" efforts..


Usaha kami masih lagi sedikit  jika dibandingkan dengan teman-teman yang lain..

Tapi hubby ada cakap, its ok not to have baby (yet)...
Sebab bukan senang nak jadi parents zaman sekarang ni...
Kena betul-betul prepare mental dan fizikal untuk jadi parents..
Bukan setakat "go with the flow" macam kebanyakkan orang...
Bukan senang nak pikul tanggungjawab jadi parents..
Bukan senang nak didik anak...

Ramai anak yang tak menjadi..
Sebab parentsnya tak bersedia nak jadi parents..
Ada anak sebab orang kata kena ada anak..
Lumrah alam..

So, hubby cakap..
Kalau betul-betul nak ada zuriat..
Bukan setakat usaha semata-mata untuk dapat zuriat...
Kena usaha -usaha yang lain juga...
Usaha tambah ilmu keibubapaan...
Usaha untuk perbaiki diri....
Ilmu agama dan sebagainya...

Insya allah..
Hopefully by the time kami dikurniakan zuriat nanti..
Kami dah bersedia dari segala aspek..
Fizikal dan mental..
Sosial dan rohani...





1 comment:

  1. honeylily, that is so true... perhaps the reason Allah x bagi lagi sebab nak kita semua belajar about parenting kan... Anyway, wish u all the best for next month :-)

    ReplyDelete