Ok, post kali ni penulis nak cakap direct jer..
Biasanya ada dua blog yang penulis selalu follow; even sebelum penulis menubuhkan blog ini lagi..
Dua blog yang mempunyai matlamat berbeza tetapi berlandaskan satu topik yang sama ~ ANAK..
Dua-dua mampu membuatkan penulis mengalirkan air mata (maklum lah penulis memang terkenal dengan jiwa sensitif). Jiwa mereka penulis selam, lebih-lebih lagi kerana tulisan mereka ibarat rentetan hidup penulis juga
Akhir-akhir ni juga banyak sangat cerita orang buang anak la...buang bayi la..dera anak la..jual anak la...macam-macam lagi..
Entah la..mana hilangnya perikemanusian...sedih betul hati penulis..kenapa lah diaorang sanggup buat macam tu..
Tak terfikir ke mereka yang kat dunia ni ada ramai lagi yang berdoa siang dan malam, mengimpikan dikurniakan zuriat? Bertahun-tahun menunggu tanpa putus asa..terus-terusan menunggu namun masih belum juga dikurniakan...Mengharap tanpa henti kehadiran permata hidup..
Tahukah mereka betapa sebaknya hati insan-insan ini melihat bayi-bayi yang dibuang sesuka hati, sambil merintih dalam hati, "Ya Tuhan, kenapa tidak kau kurniakan saja anak ini padaku, pasti aku akan menghargainya sepenuh hati daripada insan-insan ini.."
Adilkah~ mereka taknak tapi mereka dapat sedangkan aku? Sangat-sangat ingin memilikinya tapi tak diberi...
Tak terfikir ke mereka, anak itu adalah anugerah Tuhan yang hanya dipinjamkan sementara sahaja? Bila-bila masa sahaja boleh diambil kembali. Ia bukan harta peribadi yang boleh dibuat sesuka hati walaupun datang dari perut kita sendiri..
Tahu kah mereka betapa ada insan di luar sana, yang direntap kebahagiaan mereka sekelip mata apabila permata yang diidam2kan cuma sempat berada di sisi seketika sahaja..
Tahukah mereka betapa terlukanya hati seorang ibu dan ayah apabila cahaya mata terkulai dalam dakapan sendiri..
Tidak!
Mereka tak pernah tahu, tak pernah faham dan tak akan mengerti sebab mereka bukan manusia..
Entahlah..
Orang yang sangat menginginkan zuriat belum lagi dikurniakan rezeki...orang (kalau layak digelar orang lah!) yang dah diberi zuriat plak, sedikit pun tak menghargai...
Dunia-dunia...
Antara cerita pilu seorang bakal ibu yang merindui kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga dan kisah duka seorang lagi ibu yang kehilangan cahaya mata penyeri rumah tangga ~ penulis tak dapat nak bandingkan...
Yang pastinya, kesedihan di hati hanya Tuhan yang tahu..hanya mereka yang mengalami sahaja akan memahami..
No comments:
Post a Comment