Lalu kini..aku adalah manusia yang kalah..manusia yang tewas! Di mata mereka lah..
Adil kah untuk aku dilabel begitu? Sedangkan apa yang terjadi di luar kuasa kemampuanku?
Siapa mereka untuk menghakimi aku? Tidak kah mereka sedar di atas sana ada lagi satu kuasa yang Maha Hebat yang mengatur perjalanan ini?
Adakah mereka itu sudah cukup hebat untuk melabel orang macam tue..Dan adakah aku perlu menjadi si Tanggang yang lupa diri untuk menjawab segala sindiran itu?
Lalu bagaiman untuk ku jawap? Tidak ada perasaan kah mereka? Tidak kah mereka sedar bahawa kata2 itu bukan sahaja mengguris hati ini, malah mencalar seluruh hidup aku...Tak cukup lagi kah dengan apa yang aku pendam selama ini? Lalu, apa yang mampu aku lakukan..
Diam...
Adakalanya diam itu lebih baik dari seribu bahasa...Biarlah airmata ini terus mengalir dalam hati selagi aku termampu memendamnya...
Allah tak akan memberikan sesuatu ujian yang tak mampu kita tanggung, yang di luar kemampuan kita.Adakalanya kita menghendakkan sesuatu sedangkan sesuatu itu bukan yang terbaik untuk kita.Sesungguhnya Dia-lah yang lebih mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita..
Sedangkan aku merasakan hidup aku terlalu indah, lengkap dan istimewa walaupun aku belum dikurniakan sesuatu yang amat ku rindukan..
Alih-alih, mereka yang menafsir sendiri..membuatkan keputusan bahawa aku tak boleh menjadi manusia yang gembira sebabkan kekuranganku yang satu itu? Adil kah?
Aku menangis lagi..bukan kerana sedih dengan ketetntuan Tuhan.Tidak, malahnya aku amat bersyukur..tapi aku sedih dengan kata-kata mereka yang tak memahami..
Dan yang paling menyedihkan, "tiang" tempat ku berpaut tiada di sisi di saat aku paling memerlukan...
Tak mengapa, ku cuba harungi sendiri..
Hari ini sang bidadari sedang menangis