Termasuk my progress on the treatment. Then dye cakap, dye dulu pun lambat gak dapat anak. Nak masuk 3 tahun kahwin baru dapat yang sulung. Yang kedua dan ketiga pun selang 5 tahun setiap satu, tu pun puas makan ubat nak bagi lekat katanya.
Satu pesanan yang paling saya terkesan adalah:-
Dengan lemah lembut dye cakap,"H*****, anak ni sebenarnya datang dengan satu pakej lengkap dari Allah."
Saya diam, tak berapa nak faham.."Pakej? Pakej macam mana tu puan?"
"Yela, ada gembiranya, ada sedihnya, ada suka, ada duka. Ramai yang hanya ingat kegembiraan or keseronokkan tentang anak, tapi bila anak menangis, buat perangai dll mula la pulak tak tahan la..silap hari bulan boleh bergaduh suami isteri"
I cuma senyum je..betul jugak..selama ni hanya terbayangkan alangkah seronoknya jika ada anak..nak buat macam ni macam tu, nak beli itu beli ini..tak terfikir lagi tentang macam mana nak menangani karenah nya...anak tu pun ada moodnya...
Kebetulan Blog A simple Life pula ada cerita yang hampir berkaitan dengan perkara ni..
Ambil dari FB TTC Group Malaysia
Ya Allah, sungguh rasa macam nak menangis masa baca entry dari blog ni...
Zuriat itu anugerah, zuriat itu amanah...
Tanpa zuriat juga adalah anugerah...
Dengannya ada pahala, tanpanya juga ada ganjaran di sana....
Again...setiap perkara dari Allah itu ada hikmahnya yang tersendiri...
Walau perkara yang sama, situasi berbeza
Tapi...
Hikmah Ya Rabbi tetap sama...
Semua yang berlaku ada hikmahnye kan.. ALLAH dah tentukan yg terbaik untuk umatnya.. termasuk kita. kalau dah takdir takde anak tapi bahagia sampai ke syurgaaaaaaaa.. aminnnnnnn
ReplyDeleteiya setuju, 2-3 hari ini juga sy memikirkan perkara yg sama..selalu membayangkan yg indah2 akan berlaku jika kita punya anak nanti, hidup pasti akan lebih lengkap dan bahagia..hakikatnya benarkan hidup kita akan menjadi sempurna seperti yg kita mahu..segalanya tak dapat dijangkakan..sebab yg namanya dunia adalah tempat utk diuji, tidak ada yg sempurna dan kekal, susah itu ujian, senang juga adalah ujian...mudah2an Allah tetapkan yg terbaik buat kita...
ReplyDelete