Skema kan ayat? Hehehe..been quite a long time since the last time i wrote official letter..
What i wish here is that the government should be more aware on this matter, thus provide appropriate facilities for us..Insya allah...
Assalamualaikum
wbt
Salam
Sejahtera
YBrs. Dr,
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS
KLINIK PAKAR OBSTETRIC & GYNECOLOGY (O&G)
HOSPITAL PUTRAJAYA
Dengan hormatnya
saya merujuk perkara di atas.
2. Sebagai makluman saya dan
suami merupakan sedang menjalani rawatan kesuburan di Hospital
Putrajaya semenjak tahun 2011. Kami telah memilih Hospital Putrajaya
memandangkan kami tinggal di kawasan Kajang dan bekerja di Putrajaya, ia akan
memudahkan kami untuk berulang-alik ke hospital memandangkan proses rawatan
kesuburan mengambil masa yang panjang selain kos rawatan yang amat tinggi di
hospital swasta adalah di luar kemampuan kami yang sangat inginkan cahaya mata.
3. Alhamdulillah, sepanjang
kami menerima rawatan di sini, kami amat berpuas hati dengan layanan yang
diterima daripada para jururawat dan doktor di Klinik O&G, terutama sekali
Dr. Suhaila yang selalunya mengambil kes saya dan tidak pernah jemu memberi
penerangan, nasihat serta menjawab pelbagai persoalan yang saya utarakan.
Pujian harus diberi kepada kakitangan Klinik O&G Putrajaya yang sentiasa
ramah, berlemah-lembut dan murah dengan senyuman kepada pesakit, berbeza dengan
layanan yang diterima di hospital kerajaan yang lain.
4. Namun begitu, kami agak
terkilan kerana semasa suami diarahkan untuk menjalani ujian sperma, tiada
bilik khas disediakan sepertimana di sesetengah hospital lain ataupun di LPPKN.
Para suami perlu melakukannya dalam tandas hospital sebelum menyerahkan tabung
tersebut ke bilik prosedur A bagi tujuan analisis. Kami dimaklumkan bahawa
Hospital Putrajaya belum berkemampuan untuk menyediakan kemudahan tersebut
sebagaimana di pusat-pusat rawatan kesuburan yang lain, dan mana-mana pasangan
yang menjalani proses rawatan kesuburan di sini (termasuk IUI) akan melalui
pengalaman yang sama, dalam bilik tandas.
5. Pada pendapat kami,
adalah tidak rasional apabila pesakit diarah untuk menyediakan benih beliau di
dalam tandas bagi prosedur-prosedur rawatan seperti ini yang mana ianya akan
digunakan sebagai usaha dalam proses mendapatkan zuriat, dengan izin dariNya
jua. Dalam Islam sendiri, tandas atau bilik mandi merupakan tempat yang tidak
disukai oleh Allah swt kerana di dalamnya tempat berkumpul segala kekotaran dan
syaitan. Kebersihan adalah perkara yang amat dititikberatkan tidak kira agama,
maka tidak sepatutnya tempat seperti ini dipilih untuk proses mengeluarkan air
mani untuk dijadikan zuriat. Maka, seharusnya perkara ini telah dipertimbangkan
sejak mula klinik pakar O&G hendak dibuka di Hospital Putrajaya.
6. Setelah setahun lebih
berlalu, kami berharap perkara ini telah ditambah baik selari dengan label
hospital pakar di tengah-tengah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta
bilangan pesakit infertility yang
semakin meningkat di hospital ini. Mungkin juga pihak hospital terlepas pandang
akan perkara ini memandangkan golongan pesakit infertility seperti kami yang mendapatkan rawatan kesuburan di
hospital kerajaan merupakan golongan minoriti yang menyumbang peratusan kecil
dalam bilangan pecahan pesakit.
7. Sehubungan itu, kami
berharap pihak hospital secara khasnya dan pihak kementerian secara amnya untuk
lebih peka terhadap keperluan kami. Justeru, kami ingin mencadangkan agar pihak
hospital dapat menyediakan bilik khas kepada para suami yang perlu membuat
persediaan bagi menjalani proses IUI atau IVF di Hospital Putrajaya sepertimana
di sesetengah hospital lain ataupun di LPPKN. Bagi kami, proses mendapatkan
zuriat melalui rawatan adalah satu proses yang panjang dan menguji.
Sekurang-kurangnya dengan kemudahan yang lebih baik disediakan, dapat
memberikan sokongan moral dan motivasi kepada semua pesakit yang menjalani
proses IUI dan IVF.
8. Sebagai sebuah hospital
pakar, perkara ini seharusnya mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar reputasi
hospital ini selari dengan hospital-hospital pakar yang lain sebagai sebuah
pusat perubatan yang menawarkan rawatan kesuburan. Perkara ini dengan hormatnya
dicadangkan untuk kebaikan bersama semua pesakit yang mendapatkan rawatan di
Hospital Putrajaya.
Sekian, terima kasih.
Signed by me and hubby..
Surat ini sangat bagus..Harap2 they respond & take action immediately..
ReplyDeleteTQ b&C, hopefully akan dapat lihat perubahan pada masa akan datang untuk kebaikan bersama..
Delete;-)
Salam.... Sy mengikuti blog ini dan sedang mengikuti rawatam kesuburan di Hospial Putrajaya. Mereka telah membuat penambahbaikan dan tempat yang sebaiknya disediakan. :)
ReplyDeletePn Azreen~ tqvm for your info...alhamdulillah, sekurang-kurangnya dpt menyediakan kemudahan yang lebih baik kpd kita semua..
DeleteSalam. sis, sy nk tny. Klu nk buat ujian kesuburan kat Hosp. Putrajaya boleh trus pegi ke?
ReplyDeleteatau kene call dl buat temujanji?
Salam, untuk start treatment di hospital kerajaan, firstly kena dapatkan referral letter dari klinik, better dari mana2 klinik kesihatan kerajaan tapi kalau dari klinik swasta pun boleh juga. Cakap je nak referral letter untuk treatment infertility kat hospital. Then, bawa surat tu ke hospital untuk dapatkan tarikh appointment..they will advise accordingly masa kat hospital nanti the procedure yang kena buat..
Delete