Labels

I Love You (3) lagu fav (1) perasaan (38) TTC (43)

Tuesday, March 26, 2013

hati yang disakiti




Ya Allah Ya Tuhanku,

Buangkanlah rasa sakit dari hati ku ini...
Hindarkan lah aku dari perasaan benci, iri dan sakit hati ini...
Sesungguhnya perasaan itu amat membebankan diriku
Amat menyesakkan perasaanku...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berhari aku cuba memadam perasaan amarah ini..
Namun imanku belum begitu kuat untuk menepis hasutan hitam...
Hanya padaMu sahaja yang mampu membuang perasaan sakit ini dari hatiku...

Bantu lah aku Ya Allah,
Keluarkan aku dari perasaan sakit ini...


Tak tahu kenapa..
dah berhari-hari aku cuba mengawal perasaan marah ini..
membendung rasa sakit hati ini...
aku sangka seperti selalu..
perasaan sakit hati aku ini akan hilang selepas seketika..
tapi kali ini...
lain...
dadaku terasa panas..
nafasku kencang dan sesak...
tidurku terganggu...
seolah ada sesuatu yang berat menghempap dadaku...
adakah kerana sering terhiris di tempat yang sama..
maka kali ini..
lukanya payah untuk diubati..
parut yang susah untuk disembuhkan...
sangat tak suka dengan perasaan ini...
sakit kerana disakiti~ tu satu perkara...
sakit kerana tak berjaya membuang perasaan disakiti tu sebenarnya lebih menyakitkan...
mungkin kerana selalunya air mata akan mengalir keluar membuang dan membasuh semua kesakitan itu..
tapi...
kali ini tiada air mata yang tumpah...
maka kerana itu kesakitan ini tidak hilang?...
jika begitu,
aku lebih suka menangis...
menangis bukan bererti aku lemah
menangis tandanya aku kuat untuk terus melangkah...
bukan macam sekarang...
perasaan yang membuatkan aku rasa sangat down ..
semuanya serba tak kena..

Seriously,
Sangat tak suka keadaaan ini...






3 comments:

  1. dear...menangislah..jika itu melegakan....tapi saya mmg setuju ' menangis tak bermakna kita lemah'

    Semoga Allah membuka rahmat kepada awak dan family....

    ReplyDelete
  2. menangis itu melegakan tp lepas tu mesti penat ckit.. semoga tangisan tu menjadikan hati awak lebih cekal.

    ReplyDelete
  3. awak
    semoga tabah ye..mmg ada masa turun naik feeling kita ni
    bila nak menangis and rase sedih, menangis la
    supaya ape yg dipendamkan bebas keluar
    msti akan rase lega skit lepas tu..
    whatever dugaan yang kita hadapi, inshaa Allah ada hikmah nya

    ReplyDelete